Sunday, April 3, 2011

Rezeki Si Pemuzik Jalanan

Muzik tidak dapat dipisahkan dengan manusia. muzik merupakan salah satu hiburan yang memberi ketenangan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dari muzik juga kita boleh mendapat rezeki yang halal. Walaubagaimanapun bagi mereka yang mempunyai bakat tetapi tidak dapat diketengahkan boleh juga mencari rezeki seperti menjadi pemuzik jalanan bagi mereka yang tidak mampu. oleh itu kita haruslah bersykur dengan bakat yang kita ada.


 berada di bawah matahari bagi mencari rezeki yang halal





memberikan nyayian kepada orang ramai yang lalu lalang



Keringat si penarik beca

Pelbagai rezeki halal kita boleh perolehi. Tidak semua orang dapat mengecapi kekayaan yang melimpah ruah akan tetapi kita haruslah berusaha untuk menampung hidup dengan cara halal. Antara rezeki halal yang kita dapat adalah seperti penarik beca. Keringat seorang penarik beca adalah sangat mahal harganya kerana ia merupakan keringat yang tidak dapat diperolehi oleh mereka yang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah, oleh itu kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini.


memerah keringat untutk mencari rezeki yang halal


sabar menanti pelanggan

Pembersihan sayur segar

Proses pembersihan sayur di ladang.

Proses membasuh 








Ikan Patin Temerloh Pahang.

Ikan Patin Temerloh Pahang.



TEMERLOH: Kegigihan peniaga jalanan menjalankan kegiatan menjual ikan patin sangkar di sini mampu membantu mempromosikan spesies ikan berkenaan sebagai satu produk makanan.

Ikan patin antara beberapa jenis ikan sungai yang terkenal di kalangan masyarakat kerana rasanya enak disamping mempunyai protin yang baik untuk tumbesaran badan.
Beberapa jalan yang menjadi tumpuan peniaga jalanan penjual ikan ialah Temerloh ke Jerantut di Kampung Raja, Songsang, jalan Temerloh ke Triang dan di Kampung Bangau Seberang serta Temerloh ke Maran.








TAMAN NEGARA Pahang

Taman Negara Pahang

Pelbagai flora dan fauna terdapat di taman negara ini. Disini kita boleh mencuba pelbagai aktiviti yang mencabar seperti berjalan dia atas kanopi walk, jungle tracking, night walk dan bermacam lagi.


 Penerangan dari salah seorang Tour Guide tentang pelbagai kehidupan flora dan fauna


Pemandangan dari puncak Bukit terisik dapat dilihat Gunung Tahan


Sebahagian tumbuhan yang berada di Taman Negara Pahang.

Selain itu juga di Taman Negara ini terdapat juga kaum orang asli yang berasal dari kaum Batek yang hidup dengan menggunakan hasil hutan. 


Tok Batin mendemonstrasi menggunakan sumpit







Tuesday, March 8, 2011

PILIHANRAYA KECIL N28 DUN KERDAU


Pilihanraya kecil Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim.  Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Pada PRU 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Kerdau, mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, yang memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi.
Keputusan pilihanraya kecil kali ini pula akan ditentukan oleh seramai  8,999 orang pemilih berdaftar, iaitu 8,984 pemilih biasa dan 15 pengundi pos.


DATO' SRI SHAHIDAN KASSIM ditahan oleh pihak polis kerana 
membawa lambang parti untuk melintas dihadapan pusat mengundi.


Reaksi Dato' Sri Shahidan Kassim


Sebahagian dari penyokong parti yang bertanding
dengan pelbagai sepanduk untuk menarik pengundi.


Pihak berkuasa mengawal keadaan penyokong
 agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini


Penyokong cilik 


Pihak polis menenangkan penyokong agar tidak melebihi kawasan yang ditetapkan


Perang mulut antara penyokong 

Monday, February 28, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M Disambut Meriah Dalam Kesederhanaan

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 15 Februari 2011M (Selasa) bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bertemakan “1 Malaysia 1 Ummah”.
 
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri; Timbalan Perdana Menteri, YAB  Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dan isteri; YABhg. Tun Datuk Sri Panglima Haji Sakaran Dandai; YABhg. Tun Muhammad Haniff bin Omar; YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M dan isteri. Turut hadir pada majlis ini menteri-menteri kabinet lain.
 
Sambutan itu disertai lebih  10,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Semua peserta kontinjen terlebih dahulu telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul bermula dari Dataran Putra ke Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Perarakan diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.
 






YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M.











Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah disambut para tetamu kehormat.