Pilihanraya kecil Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim. Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Pada PRU 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Kerdau, mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, yang memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi.
Keputusan pilihanraya kecil kali ini pula akan ditentukan oleh seramai 8,999 orang pemilih berdaftar, iaitu 8,984 pemilih biasa dan 15 pengundi pos.
DATO' SRI SHAHIDAN KASSIM ditahan oleh pihak polis kerana
membawa lambang parti untuk melintas dihadapan pusat mengundi.
Reaksi Dato' Sri Shahidan Kassim
Sebahagian dari penyokong parti yang bertanding
dengan pelbagai sepanduk untuk menarik pengundi.
Pihak berkuasa mengawal keadaan penyokong
agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini
Penyokong cilik
Pihak polis menenangkan penyokong agar tidak melebihi kawasan yang ditetapkan
Perang mulut antara penyokong