Monday, February 28, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M Disambut Meriah Dalam Kesederhanaan

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 15 Februari 2011M (Selasa) bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bertemakan “1 Malaysia 1 Ummah”.
 
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri; Timbalan Perdana Menteri, YAB  Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dan isteri; YABhg. Tun Datuk Sri Panglima Haji Sakaran Dandai; YABhg. Tun Muhammad Haniff bin Omar; YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M dan isteri. Turut hadir pada majlis ini menteri-menteri kabinet lain.
 
Sambutan itu disertai lebih  10,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Semua peserta kontinjen terlebih dahulu telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul bermula dari Dataran Putra ke Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Perarakan diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.
 






YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M.











Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah disambut para tetamu kehormat.












1 comment:

  1. 1. rakaman anda ok, tapi selain drpd ketibaan dan menunggu, tidak ada acara utama seperti ucapan..liputan mesti lengkap, cuma ada satu gambar perarakan..
    2. penulisan awak menunjukan wak ada bakat-sila asah lagi. Jurufoto kalau boleh menulis banyak kelebihannya!
    tk

    ReplyDelete